Skip to main content

Super Combo Penapis Air + Penapis Udara Coway. Promo for today only. Checkout Now!

Super Combo Penapis Air + Penapis Udara Coway. Promo for today only. Checkout Now!
Lindungi Keluarga dari Virus Covid-19 & dapatkan air bersih. 3 suhu, panas, sejuk & suhu bilik.

Editable HR Template. ISO9001. DIY in 24 hours. Soft Copy + 1 month online Coaching.

Editable HR Template. ISO9001. DIY in 24 hours. Soft Copy + 1 month online Coaching.
HRD SOP. Em1ployee Handbook. HR Letters. HR Forms.

Hari Jadi Fattah Amin ke-29, Cinta kepada Fazura bermula disini

#2
Hero Seorang Cinderella
Cinta Fattzura semakin bersemi di sini  Jun 11, 2017

Drama ini menjadi perdebatan peminat di media sosial dalam hal menentukan heroin yang akan memegang watak sebagai Nuramedina. Akhirnya pada 1 April heroin pilihan adalah aktres yang sangat cantik dengan prestasi lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi, Nur Fazura. Sedikit profil Fazura di sini
Baca juga di sini dari Astro Gempak

Pada 3 April 2017 merupakan hari pertama #fattzura dipertemukan di set pengambaran HSC.
Ini merupakan sesi rehersal dialong. Diceritakan oleh Fazura, Fattah yang minta untuk buat rehersal. “boleh tak kita buat rehersal dialong?”. Fattah kata memang dia sangat gementar berlakon dengan Fazura. Mungkin sebab dalam hati dah ada getaran jodoh tu..yang gementar kan. Didedahkan dalam rancangan HLive Astro bersama #fattzura. 
Sebenarnya Fattah kata dia memang gementar berlakon dengan Fazura yang memang otai dalam industri dan banyak memenangi award. Kali pertama adalah bertemu dalam satu scene dalam filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadoccia’. Fattah sekadar pelakon tambahan. Tak bercakap apa-apa pun, kata Fattah. Almaklum Fazura dengan hero yang itu. Haha sebenarnya masa ini Fazura ada berteman tapi mesra dengan Shaheizy Sham, hero filem tersebut tetapi perhubungan tak sampai ke jinjang pelamin.



Saya ada mononton temubual Fazura HLive sedutan dari Astro Awani klik sini pada tahun  2016. Fazura memang sangat positif kerana sangat terbuka dalam hal jodoh walaupun ada ketikanya jodoh tidak kesampaian sebelum ini. Ganteng banget deh Fattah dari dulu sampai sekarang.


 Cinta Pandang Pertama #Fattzura



 Pic 15 September 2018
Fazura ada mendedahkan bahawa cintanya terhadap Fattah sebenarnya pada pandangan pertama, pandangan pertama yang mana satu.. tak pulak didetailkan. Pada mulanya beliau menyangkakan ini hanyalah perasaan semasa dilokasi sahaja yang memerlukan chemistry. Malah sebenarya Fazura yang terpaksa memulakan chemistry tersebut kerana Fattah tetap dengan sifat pemalunya.
Pendedahan Fatah, sebenarnya Fazura pertama kalinya berjumpa dan berbual dengannya di lokasi secara spontan berkata: “handsomenya…jom kita kawen’. Wah terkejut betul Fattah. Betulker Fazura ni…haha macam perasanla pulak. Tetapi sebenarya Fazura pun tak perasan apa yang dia cakap. Tiba-tiba ja ayat ni keluar. Yang Fazura tahu cuma dengan tujuan ingin mendapatkan chemistry denga hero HSC. Ini didedahkan semasa sesi pertama Meet & Greet bersama peminat dalam bulan pertama mereka diijabkabulkan bertempat di Singapura.

Pada saat saya post tulisan ini di blog, 5 Oktober, 2018 Jumaat, lagu baru Fattah Amin berjudul #isterimewa dilancarkan. Di sini Merupakan single ke-5 selepas Hero Untuk Mu, Wanita Terakhir, HSC, 1234U. Beginilah perasaan Fattah saat mengintai2 jodoh dengan sicantik manis pujaan berjuta lelaki Nur Fazura. 

Lagu isterimewa ini juga dijadikan OST drama terbaru dan terakhir di tahun 2018 lakonan Fattah Amin. Mula ditayangkan di Astro pada 5 November 2018. OST #isteribukanuntukdisewa
 

Jangan lupa juga nanti Fattah Amin akan mengeluarkan album penuh di mana akan dimuatkan single lama dan beberapa lagu baru yang aumm! Stay tuned.....


Pendedahan Kisah Cinta #Fattzura di Double Date with #Fattzura, Singapura 
Wajah2 manis #fattzura pada 9 Disember, 2018. 2 minggu pertama pernikahan..12 hari kiraan yang lebih tepat. Untunglah..... kann peminat di Singapura. Pendedahan pertama ni...
 Saksikan di sini



Nantikan posting khusus berkaitan double date ini di posting hadapan mengikut urutan tarikh dan peristiwa.
Bersambung....next posting. Stay tuned. Jangan lupa subscribe melalui e-mail untuk update ok.

Comments

Popular posts from this blog

Fattah Amin bersama Kek berimejkan Udang dan Petai di hari jadi ke 31

Fattah Amin bersama Kek berimejkan Udang dan Petai di hari jadi ke 31  14 September '21 hari ni. Hari Istimewa, birthday selebriti kesayangan ramai Fattah Amin. Selamat menyambut hari lahir yang ke 31 tahun..Fattah, Semoga berkah pada usia yang tinggal. "Abdul Fattah Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella." https://ms.wikipedia.org/wiki/Fattah_Amin Best tengok Fatima Aisyah cahayamata pertama #fattzura, lahir pada 2 Oktober 2020. Dah setahun usia sicomel ni.. Kek istimewa dengan imej utama udang dan petai. Memang fattah 'hantu' hidangan udang dan petai. Kalau ada...

Sambutan Hari Jadi Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.

#1 Saya dengan penuh rasa bahagia ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Hero Seorang Cinderella Fattahamin semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat pada hari ini 14 September 2019. Aamiin. Baca juga disini Bersempena dengan hari kelahiran Fattah Amin pada hari ini, saya ingin mula mengabadikan kisah cinta mereka di blog ini. Semoga anda semua suka membacanya. Kisah pertemuan Cinderella dan Hero Seorang Cinderella. Semoga mereka hidup bahagia selama-lamanya.   Pendahuluan Terima kasih kerana membaca secebis coretan dari saya ini. Alhamdulillah kerana dengan sedikit memori saya menulis blog sedikit demi sedikit. Jangan lupa tunggu cerita berikutnya. Sebenarnya cubaan menulis ini adalah hasil dari permintaan ramai dari kalangan sahabat-sahabat dan sanak saudara. Setiap kali ada masa terluang dan berkumpul ramai-ramai, pastinya mereka akan bertanya atau bercerita sesuatu yang menarik berkaitan Fattah Amin pada mulanya.  Setelah hero dan heroin...